HULU TERENGGANU – Simulasi keselamatan yang dilaksanakan di mukim Jenagor dan Kuala Berang hari ini diyakini mampu melancarkan operasi membantu dan memindahkan mangsa banjir secara sistematik. Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zalizan Sulong berkata, simulasi yang dijalankan itu lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk memindahkan penduduk yang berada di sekitar tebing Sungai Terengganu. “Kita jalankan program simulasi ini sejak tahun 2016 sebagai kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana banjir akibat limpahan dari Empangan Kenyir. “Selain diberi taklimat pemindahan, penduduk yang menyertai program simulasi tersebut turut didedahkan dengan siren amaran apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya