SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor membenarkan operasi kilang memproses sisa plastik namun bersyarat hanya kepada sisa plastik yang bersih dan berkualiti sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian berkata, keputusan itu dibuat berikutan terdapat kilang memproses sisa plastik yang sudah membuat pelaburan besar untuk industri itu. “Ada pengusaha kilang yang benar-benar membuat proses kitar semula plastik…










