Saya sudah arahkan Ganabatirau betulkan kenyataan - MB Selangor - Utusan Malaysia

Saya sudah arahkan Ganabatirau betulkan kenyataan – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Nov. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah mengarahkan Exconya, V. Ganabatirau, membetulkan semula kenyataan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman awal pagi ini dengan sentimen agama.

“Saya sudah bagi kenyataan, jangan ada pihak keluarkan kenyataan yang mengguris hati sehingga  menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakyat.

“Hal ini, biar kita serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada polis supaya mereka dapat menyiasat motif sebenar mengapa kejadian ini berlaku,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini sebentar tadi.

Ganabatirau yang juga ADUN Kota Kemuning menerusi laman sosial Facebooknya pagi tadi memuatnaik kenyataan kononnya terdapat sekumpulan orang Islam terlibat dalam insiden tersebut sebagai cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian dalam kalangan kaum di negara ini.

Beliau bagaimanapun telah mengubah kenyataannya dalam laman sosial miliknya itu selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan kenyataan itu sebagai rasis. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN