RANTAU PANJANG 8 Nov. – Bagi memastikan anaknya yang merupakan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 tidak ketinggalan dalam pelajaran, seorang bapa dari Kampung Bongo di sini sanggup berulang alik sejauh 10 kilometer (km) dengan bot untuk menghantar anaknya ke sekolah. Mohd. Nor Isa, 55, berkata, walaupun berdepan sedikit kesukaran berikutan cuaca yang tidak menentu ditambah pula kawasan rumahnya sudah dilanda banjir, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya. Menurutnya, bot menjadi kenderaan utama penduduk ketika ini selepas laluan utama di kampung tersebut ditenggelami air sejak dua hari lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya