Saki-baki pengganas masih wujud - Utusan Malaysia

Saki-baki pengganas masih wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa kumpulan pengganas lain cuba me­ngancam keamanan negara selain kumpulan yang terlibat dengan Abu Sayyaf.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan berkata, saki-baki kumpulan ber­kenaan masih wujud dan tindakan berterusan akan terus digerakkan pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan tersebut.

“Sehingga kini PDRM mengesan kumpulan yang terlibat dengan Abu Sayyaf namun dalam aspek kewaspadaan terhadap keamanan negara, tidak menolak kemungkinan wujudnya beberapa kumpulan lain.

“Mereka ini ada di setiap ne­geri tapi hanya dalam kumpulan yang kecil. Mereka ramai tetapi hanya segelintir sahaja yang aktif,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan ba­ngunan Balai Polis Selising yang baharu, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN