KOTA KINABALU 17 Nov. – Polis Sabah masih mengesan saki-baki suspek yang terlibat dengan aktiviti tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, usaha memburu suspek giat dijalankan, bagaimanapun jumlah mereka dalam siasatan. “Masih ada lagi suspek sedang diburu polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah ini. “Bagaimanapun jumlah mereka belum dikenal pasti kerana dalam siasatan, tetapi masih ada baki sedang diburu polis,” katanya…










