Rusuhan: Waytha Moorthy hubungi Noor Rashid - Utusan Malaysia

Rusuhan: Waytha Moorthy hubungi Noor Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang sehingga siasatan penuh dijalankan atas insiden rusuhan di kuil Seafield di Subang Jaya dekat sini, semalam.

Waytha Moorthy berkata, beliau telah menghubungi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan berjanji bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan atas insiden tersebut.

“Saya telah membangkitkan keprihatinan masyarakat terhadap rusuhan yang menjadi ancaman terhadap keamanan dan ketenteraman masyarakat pelbagai bangsa dan agama serta mengancam  kebebasan agama.
 
“Terdapat beberapa orang mengalami kecederaan dan harta benda di dalam premis kuil turut dibakar. Ini telah menyebabkan ketegangan emosi di kalangan masyarakat. Terdapat juga pelbagai tuduhan yang tidak kukuh yang telah disebarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN