Rusuhan kuil: Zuraida selar tindakan serang anggota bomba bertugas - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Zuraida selar tindakan serang anggota bomba bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyelar tindakan menyerang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sedang menjalankan tugas ketika insiden di kuil Sri Maha Mariamman awal pagi tadi.

Katanya, tindakan menyerang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas itu keterlaluan dan harus dihentikan.

“Dalam insiden ini saya amat terkejut, rasa dukacita dan kecewa atas sikap perusuh yang ada di tempat itu. Ini satu budaya yang harus kita hentikan kerana mereka adalah penjawat awam yang beruniform.

“Jadi kena ada satu tahap hormat kepada penjawat awam yang beruniform oleh rakyat. Tidak boleh ambil tindakan sedemikian yang saya anggap keterlaluan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat cedera parah dan terpaksa dimasukan ke Hospital Sime Darby Medical Centre dalam kejadian rusuhan di luar kuil Sri Maha Mariamman. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN