Rusuhan kuil: Tak kuat tengok kamu macam tu, rintih tunang bomba - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Tak kuat tengok kamu macam tu, rintih tunang bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Tunang Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi memohon rakyat Malaysia mendoakan agar Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 selamat dan segera sembuh.

Nurul Najihan dalam hantaran di Facebook berkata, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib ketika ini.

“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” kata Nurul Najihan.

Dalam hantaran itu Nurul Najihan turut berkongsi gambar beliau bersama Muhammad Adib.

Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada akhir Disember ini.

Muhammad Adib, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Beliau kini berada dalam Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN