Rusuhan kuil: Semua laluan utama LDP dibuka semula - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Semua laluan utama LDP dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua laluan utama Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) yang ditutup sementara semalam berikutan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights yang tercetus Isnin lalu, dibuka seperti biasa hari ini dan aliran trafik dilaporkan lancar. 

Menurut kenyataan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) hari ini, penutupan sementara laluan utama dari arah Puchong ke Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) atau Shah Alam dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)  atas faktor keselamatan susulan insiden rusuhan berkenaan.

“Litrak telah membantu PDRM dengan kerja-kerja penutupan sementara laluan utama LDP di kawasan terlibat yang bermula dari 5.30 petang (semalam) hingga 3.40 pagi tadi.

“Trafik yang menggunakan laluan utama LDP telah dilencongkan ke arah jalan susur Putra Heights dengan bantuan unit pengurusan trafik, Polis Bantuan Litrak dan unit Penguat Kuasa Peronda Lebuhraya (EMPV) yang berada di lokasi sehingga menyebabkan trafik sesak,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Litrak, sepanjang penutupan sementara tersebut keadaan trafik adalah terkawal dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

Pengguna boleh mengikuti  perkembangan terbaharu dan maklumat trafik terkini menerusi akaun rasmi media sosial Litrak @LDPtrafik (Twitter) dan Litrak Group (Facebook), pemberitahuan radio dan paparan elektronik dan Variable Message Sign (VMS) selain menghubungi talian bantuan LDP menerusi 03-74947333. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN