Rusuhan kuil: Polis beri jaminan keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman terkawal - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Polis beri jaminan keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memberi jaminan keadaan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights dan kawasan sekitarnya di Subang Jaya terkawal setakat pukul 3 pagi ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kekecohan dan provokasi.

“Saya akan ke lokasi kejadian bagi memantau lokasi perkembangan keadaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi.

“Saya menasihatkan orang awam agar tidak perlu panik kerana polis berada di lokasi untuk mengawal keadaan, FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) berada di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum itu, kekecohan yang berlaku di kuil itu tercetus semula pada kira-kira 1 pagi ini apabila sebahagian daripada orang awam yang berkumpul bertindak ganas membakar bangkai sebuah kereta. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN