Rusuhan kuil: Anggota bomba cedera diserang perusuh  - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Anggota bomba cedera diserang perusuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki rosak teruk dalam kejadian rusuhan di pekarangan Kuil Sri Maha Mariamman di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pasukan berkenaan tiba di lokasi setelah mendapat maklumat berhubung kebakaran sebuah kereta yang terletak di luar kuil berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa, Muhammad Adib Mohd. Kassim, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit ERMS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

“Jentera FRT milik BBP Subang Jaya yang dinaiki mangsa dan ahli pasukan turut mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, serangan tersebut juga turut mengakibatkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah dicucuk objek tajam selain kerosakan pada bahagian badan jentera yang kemek dipercayai dipukul objek keras.

Menurut beliau, akibat serangan itu, kereta yang terbakar tidak dapat dipadamkan bagaimanapun anggota bomba di lokasi kejadian berjaya diselamatkan oleh orang awam.

“Anggota berkenaan kini berada di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami.

“Manakala jentera bomba yang dirosakkan sudah dibawa ke Balai Polis USJ 8 bagi membolehkan siasatan di lakukan oleh polis,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN