KUALA LUMPUR 27 Nov.- Semua pihak dinasihatkan agar bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat berhubung insiden yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya yang berlaku awal pagi semalam. Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu menegaskan, penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan kejadian tersebut boleh mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat. “Saya telah dimaklumkan bahawa insiden ini tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan agama. “Semua pihak perlu bertenang dan bersabar serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat terhadap apa yang berlaku,” katanya dalam satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya