KUALA LUMPUR 12 Nov. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Khamis ini atas pertuduhan beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa semasa era pentadbiran kerajaan terdahulu. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosmah dan Rizal akan didakwa berkaitan kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.…










