SAUDARA PENGARANG, PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) berharap kerajaan dapat menyelesaikan pelbagai isu yang menjadi penghalang kepada perkembangan industri perkhidmatan air di negara ini. Antara isu ini melibatkan air tidak berhasil (NRW) yang masih lagi tinggi. Pada 2020, kita akan berada pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) tetapi jumlah NRW masih pada kadar 30 peratus iaitu angka sama yang dicatatkan semasa RMK-8. NRW yang tinggi akan menyebabkan syarikat…










