KEPALA BATAS 8 Nov. – Anak kepada seorang anggota polis maut dalam satu kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir berhampiran Institut Latihan Perindustrian, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, mangsa Nurul Amira Abd. Halim, 16, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah motosikal lain yang ditunggangi seorang pemuda berusia 20 tahun. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggangi pemuda terbabit melanggar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya