KANGAR 25 Nov. – Seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi anak kesayangannya yang sudah tidak bernyawa di bahu jalan, di Kampung Syed Omar, di sini hari ini. Bergenang air mata wanita itu saat mengusap kepala anaknya ketika menanti pasukan perubatan memeriksa keadaan mangsa yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Mangsa, Mohammad Ariff Bakri, 19, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian…










