Rea Kool FM bergelar isteri - Utusan Malaysia

Rea Kool FM bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyampai radio Kool FM, Rea selamat bergelar isteri kepada pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim di sebuah premis acara di sini, pagi tadi.

Penolong Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Masjid Kota Damansara, Mohamad Lutfi Shuhud menikahkan pasangan tersebut berwalikan bapa Rea, Tengku Mohamad Tengku Muda pada pukul 9.41 pagi.

Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nur Suriya Tengku Mohamad, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Rea dan Faeez tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Mereka akan berangkat ke Bali untuk berbulan madu, lusa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN