KUALA LUMPUR 16 Nov. – Meskipun keputusan rasmi masih belum diumumkan, namun nampaknya calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah mengalah kepada pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Dalam catatan blog, http://rafiziramli.com, bekas Ahli Parlimen Pandan itu meluahkan isi hati terhadap proses pemilihan parti kali ini yang disifatkan beliau banyak isunya. Biarpun `mengalah’, tetapi Rafizi tetap mengungkit beberapa kontroversi yang menjadi punca seperti sistem e-pengundian, peristiwa penghadang isyarat (jammer), talian…










