KUALA LUMPUR 17 Nov. –Kegagalan Kementerian Kewangan mengeluarkan waran bagi membolehkan tender pemerolehan susu kotak dibuka menjadi penyebab utama mengapa Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak dapat dilaksanakan tahun ini. Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau difahamkan waran berkenaan tidak dikeluarkan Kementerian Kewangan sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan iaitu pada 9 Mei lalu. MAHDZIR KHALID Justeru, tegas beliau, tidak timbul persoalan wang bagi peruntukan PS1M…









