Puji tindakan kerajaan PH - Utusan Malaysia

Puji tindakan kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI Pertubuhan Penya­tuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana pantas bertindak membuat keputusan tidak akan mera­tifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kami menyambut baik pe­ngumuman itu dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan, benar-benar mereali­-
sasikan tugasnya dan bukan sebaliknya yang bertentangan de­ngan Perlembagaan Persekutuan.

P. Waytha Moorthy tidak la­gi menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu kerana Kabinet telah membuat keputusan mempertahankan Per­lembagaan Persekutuan.

Waytha Moorthy perlu dikenakan tindakan kerana telah menimbulkan suasana panik dalam negara, di samping mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan semangat kontrak sosial, selain memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara dan menu­duh kerajaan telah melakukan kekejaman terhadap etnik India.

Kami merasakan perbuatan beliau telah melanggar tatasusila dan Rukun Negara selaku rakyat Malaysia.

Sewajarnya beliau dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan mahupun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN