KAJANG – Kelicikan sindiket memproses dadah jenis syabu yang berselindung di sebalik aktiviti penghasilan baja tanaman terbongkar selepas polis menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih di sini pada Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu, empat anggota polis turut ditahan bagi membantu siasatan membabitkan rampasan terbesar di negeri ini bernilai kira-kira RM3.55 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, JSJN Bukit Aman dan JSJN Daerah Kajang itu adalah hasil daripada maklumat orang awam serta risikan.
“Polis juga menahan dua lelaki di premis berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut menemui bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis syabu.
“Antara bahan yang dirampas ialah cecair disyaki minyak meth seberat 174 kilogram (kg) yang dianggarkan mampu menghasilkan kira-kira 70kg crystal meth, dadah jenis methamphetamine seberat satu kg serta peralatan makmal untuk memproses dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










