IPOH 17 Nov. – Sebuah perusahaan memproses makanan ringan dan kacang putih di Buntong didapati masih mempamerkan logo halal pada papan tanda di hadapan serta di dalam premis biarpun pengesahan sijil halalnya telah tamat tempoh pada 31 Januari 2017. Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, ekoran kesalahan itu, pihaknya telah menyita satu unit papan tanda yang mempunyai logo halal,…










