DUNGUN – Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang suspek dikenali sebagai Dillah yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, satu laporan dibuat oleh seorang penduduk Kampung Padang Jambu di sini pada kelmarin selepas kediamannya dipecah masuk suspek. Menurut Baharudin, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pemilik rumah tersebut dikatakan terserempak dengan suspek yang cuba masuk melalui sebuah tingkap kecil di bahagian dapur. “Pemilik rumah yang baru sahaja pulang dari pasar ketika itu terkejut melihat suspek lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya