Polis diarah bertindak tegas - Utusan Malaysia

Polis diarah bertindak tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal keadaan berikutan insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis juga diminta menyiasat secara terperinci kes berkenaan.

“Saya dimaklumkan pada ketika ini pihak polis telah membuat tangkapan ke atas beberapa orang suspek dan siasatan sedang dijalankan di bawah Kanun Keseksaan.

“Mana-mana suspek yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tegas beliau, semua pihak diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk mengawal keadaan dan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar tidak mengambil apa-apa tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman dan menjejaskan ketenteraman awam.

“Saya memandang serius insiden ini dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN