KUALA LUMPUR 10 Nov. – Gara-gara sebatang pokok tumbang, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di antara stesen LRT Cempaka dan Pandan Indah di sini tergendala selama kira-kira sejam. Kejadian pada pukul 10.26 pagi itu menyebabkan plat besi yang membekalkan kuasa kepada tren itu turut rosak. Ekoran kejadian tersebut, bekalan kuasa terpaksa dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan sekitar kawasan dilakukan. Sementara itu, Rapid Rail turut menyediakan empat buah…










