Pindaan Akta Kerja dibentangkan Mac depan - Utusan Malaysia

Pindaan Akta Kerja dibentangkan Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pindaan kepada Akta Kerja 1955 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Beliau berkata, akta itu yang kali akhir dipinda pada 2013 akan melibatkan pindaan yang agak besar kali ini.

Beliau berkata, kerajaan sudah dalam peringkat akhir peringkat akhir selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan, dan kini menunggu laporan akhir daripada jawatankuasa bebas sebelum meneruskan pembentangan.

“Terdapat 38 perkara utama (semuanya) …yang sedang diteliti dan mereka seharusnya  dapat  menyiapkan laporan itu mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN di sini hari ini.

Ditanya mengenai laporan bahawa jawatankuasa bebas itu sepatutnya menyerahkan laporan pada akhir tahun ini, beliau  menyatakan bahawa Kabinet sebenarnya telah bersetuju untuk memberi jawatankuasa itu lanjutan masa sehingga Februari.

“Bagaimanapun saya meminta mereka  menghantar laporan itu tidak lewat daripada Januari, dan saya memberi jaminan sebaik sahaja diluluskan laporan itu akan disiar secara dalam talian,”katanya merujuk kepada operasi pengurusan standard kementerian yang sentiasa melibatkan orang ramai. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN