Petronas tubuh perniagaan baharu - Utusan Malaysia

Petronas tubuh perniagaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilaporkan telah menubuhkan sebuah perniagaan baharu dalam kumpulan itu dalam usahanya untuk memasuki segmen tenaga boleh diperbaharui (RE), kata Ketua Tenaga Baharu Petronas, Jay Mariyappan.

Menurut laporan Reuters, Petronas telah menyatakan minat untuk mempelbagaikan perniagaannya kepada segmen lain di tengah-tengah harga minyak yang rendah.

Pada bulan Mac, Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Petronas akan meneroka bidang perniagaan baharu termasuk tenaga baharu dan syarikat itu akan menilai peluang dalam tenaga solar.

Mariyappan memberitahu forum industri bahawa pasukan ‘Tenaga Baharu’ kini berada di peringkat awal melihat peluang-peluang yang ada di ruang tenaga boleh diperbaharui.

Profil LinkedIn Mariyappan menunjukkan beliau bermula di Petronas pada bulan Oktober.

Sebelum menyertai firma Malaysia, beliau adalah pengarah urusan Sindicatum Sustainable Resources, sebuah syarikat pemaju tenaga bersih yang berpangkalan di Singapura.

Petronas merupakan syarikat minyak dan gas utama terbaharu yang mengumumkan untuk melihat potensi segmen ER.

Syarikat-syarikat minyak utama lain termasuk Royal Dutch Shell, BP dan Total telah melabur lebih banyak dalam sumber tenaga bersih seperti tenaga suria dan angin serta teknologi kenderaan elektrik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN