Perubahan kerajaan setiap lima tahun sihat - Utusan Malaysia

Perubahan kerajaan setiap lima tahun sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Perubahan tampuk pemerintahan kerajaan setiap lima hingga 10 tahun adalah sihat untuk sistem demokrasi di negara ini.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ini akan menjadikan landskap politik di negara ini lebih dinamik.

Katanya, rakyat Malaysia juga dilihat mempunyai keberanian dan keupayaan untuk menukar kerajaan dalam tempoh berkenaan.

“Peranan pembangkang adalah penting kerana ia menawarkan semak dan imbang yang penting serta memiliki pandangan yang berlainan terhadap parti pemerintah dalam suasana persaingan politik yang sihat.

“Populariti tinggi Pakatan Harapan memerlukan lebih banyak pemantauan bagi memastikan ia tidak melencong dan memudaratkan rakyat,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Gerakan ke-47 di Menara PGRM di sini hari ini.

Persidangan itu dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan dari 150 bahagian Gerakan di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN