Persiapkan jentera Briged Aman Bersatu hadapi bencana banjir - Abu Bakar - Utusan Malaysia

Persiapkan jentera Briged Aman Bersatu hadapi bencana banjir – Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Biro Sukarelawan Briged Aman dan Kebajikan Bersatu (Briged Aman) di semua negeri diminta mempersiapkan jentera masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana banjir.

Saranan itu dimaklumkan oleh Pengerusinya, Abu Bakar Yahya yang mana persiapan itu sebagai satu langkah awal bagi membantu mangsa banjir yang terlibat termasuklah menyalurkan tenaga sukarela kepada agensi-agensi kerajaan.

“Difahamkan keadaan cuaca diramalkan hujan lebat akibat perubahan monsun timur laut yang dilaporkan bermula 27 November ini sehingga Mac tahun depan. Kita amat berharap dapat membantu menyumbang tenaga untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang mungkin terjejas akibat bencana.  

“Justeru, saya harapkan semua Briged Aman semua negeri dapat mempersiapkan jentera sukarelawan masing-masing hadapi bencana banjir sekaligus meringankan bebanan mangsa serta membantu agensi-agensi kerajaan yang terlibat ” katanya di sini hari ini.

Tambah Abu Bakar, pihaknya juga berharap orang ramai dan syarikat-syatikat korporat dapat bersama-sama Briged Aman dalam membantu menyediakan keperluan sama ada makanan, pakaian atau ubat-ubatan sebagai persiapan dalam membantu mangsa dalam menghadapi kemungkinan bencana atau musibah tertentu.

Malah, mana-mana pihak yang prihatin katanya boleh menyalurkan bantuan kewangan di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Sosial Briged Aman Malaysia menerusi akaun RHB Islamic Bank Berhad 26225000029628 atau menerusi cek atas nama Pertubuhan Briged Aman Malaysia atau menghubungi Azhari Yusof atau Abdul Yazid Alias masing-masing di talian 0192277395 dan 0173035651 untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN