KANGAR 19 Nov. – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis menganggarkan lebih RM1.4 juta akan dibelanjakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk anggota-anggotanya sepanjang tahun depan. Pengerusinya Datuk Ahmad Jusoh berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM400,000 untuk penganjuran kelas bimbingan fardu ain termasuk bacaan al-Quran dan kursus untuk memantapkan akidah saudara baharu. “Pelaksanaan program-program ini akan menggunakan wang sumbangan Perkim pusat, baitulmal negeri, kerajaan negeri dan juga penderma,” katanya kepada…










