Perawan ketengahkan 20 juadah warisan Pahang sempena MAHA 2018 - Utusan Malaysia

Perawan ketengahkan 20 juadah warisan Pahang sempena MAHA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sebanyak 20 juadah tradisi warisan negeri Pahang akan diketengahkan Persatuan Amal Wanita Pahang Di Ibu Kota (Perawan) sempena Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 minggu depan.

Pengerusinya, Datuk Nor’ashikin Taib berkata, kerjasama dengan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Pahang turut memberi peluang usahawan makanan dalam kalangan wanita untuk terlibat dalam pameran kali ini.

Katanya, antara makanan tradisi yang akan diketengahkan di Rumah Pahang sempena MAHA 2018 nanti ialah kulat sisir goreng, puding raja, sambal hitam, temosa raja dan menu popular dari daerah Temerloh iaitu ikan patin masak tempoyak.

“Seramai tiga jurumasak dalam kalangan ahli Perawan bersama pengusaha makanan wanita dari Pahang akan turut serta menyediakan produk makanan berasaskan gula kabung sepanjang MAHA 2018 nanti.

“Kita juga akan memasak sambal hitam Pahang dan gulai asam tempoyak ikan patin dari Sungai Jelai, Pahang yang kemudiannya akan terus dipasarkan kepada pengunjung dengan harga berpatutan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

MAHA 2018 akan berlangsung selama 11 hari bermula 22 November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN