KUALA LUMPUR 19 Nov. – Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan bakal menjana lebih pendapatan kepada tabung kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Mengambil contoh nombor siri plat ‘Malaysia’ yang diperkenal Ogos lalu, beliau berkata kerajaan menjana RM13 juta hasil penjualan nombor siri itu. “Bagi nombor siri ‘Malaysia 1’ sahaja, kerajaan menjana RM1,111,111,” katanya menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) dalam sesi soal jawab…










