Pengganas mahir guna internet - Utusan Malaysia

Pengganas mahir guna internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pengganas yang menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan kegiatan mereka merupakan cabaran utama pertahanan yang perlu ditangani negara ASEAN kini.

Menteri Pertahanan, Moha­mad Sabu berkata, perkembangan teknologi terutama internet yang semakin maju menjadikan dunia tanpa sempadan sehingga memudahkan ancaman ini berleluasa dan pengganas menjadikan medium berkenaan sebagai jalan untuk mempelajari serta mencipta alat keganasan baharu.

“Kita mengenal pasti pengganas kini menggunakan internet sebagai medium untuk belajar membuat alat-alat letupan.

“Justeru, langkah menangani ancaman keganasan ini perlu diambil perhatian semua pasukan keselamatan ASEAN,” katanya selepas me­rasmikan Mesyuarat Pelbagai Hala Panglima-Panglima Tentera Darat ASEAN (ACAMM) di Bandar Hilir di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN