RASAH 22 Nov. – Seorang pemilik rumah penjagaan orang tua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita Indonesia sebagai buruh paksa sejak Julai lalu. R. Parameswary, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Junaidah Mohd. Isa. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdagangkan Melan Zunia Haryati manakala bagi pertuduhan kedua dia melakukan kesalahan sama…










