Pegawai wanita tipu duit pasport - Utusan Malaysia

Pegawai wanita tipu duit pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perbuatan jahat dua pegawai imigresen Selangor yang melakukan pecah amanah berkaitan permohonan pasport antarabangsa berjumlah RM1,400 dua tahun lalu berbalas apabila mereka dihukum penjara dua tahun dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Suhana Samad (gambar), 36, dan penyelianya, Zalita Haron, 40, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Rozilah Salleh mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Rozilah turut memerintahkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh ditambah enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda. Suhana dan Zalita kemudiannya membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan pecah amanah bagi pembayaran permohonan pasport antarabangsa berjumlah RM200 setiap seorang bagi tujuh individu berlainan di Bahagian Pasport Jabatan Imigresen Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2016.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN