PDRM dijangka terima 75 ekor K9 baharu - Utusan Malaysia

PDRM dijangka terima 75 ekor K9 baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov.- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menerima 75 ekor anjing Unit Pengesan (K9) baharu selewat-lewatnya tahun depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, haiwan tersebut diambil dari beberapa negara seperti China dan Jerman bagi menggantikan anjing K9 yang telah mati, sakit dan rehat di kandang.

“Sehingga kini, kita mempunyai sebanyak 97 anjing K9 di seluruh negara dan anjing baharu ini dijangka pada tahun depan.

“Kita juga telah mengenal pasti anggota-anggota yang akan mengendalikan anjing-anjing baharu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Memorial K9 (D6B) Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah di sini hari ini.

Memorial tersebut direalisasikan sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap 569 anjing K9 yang telah berjasa serta berbakti kepada PDRM.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) JSJ, Datuk Huzir Mohamed; Ketua Polis Pahang, Datuk Zakaria Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah D6, Asisten Komisioner Suryani Sungit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN