ALOR SETAR 1 Nov. – Pas negeri mendesak pihak berkuasa agar segera menyiasat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin kerana didakwa mencetus prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Noor berkata, pihaknya menyokong tindakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mempersoalkan tindakan A. Kadir itu didakwa dibuat hanya untuk menyedapkan hati di samping…










