COLOMBO 12 Nov. – Parti-parti utama Sri Lanka hari ini mengemukakan permohonan petisyen di Mahkamah Agung untuk mencabar keputusan Presiden Maithripala Sirisena yang membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya mengejut pada 5 Januari tahun depan. Tindakan Maithripala itu menambahkan ketegangan krisis politik dan mencetuskan kebimbangan di peringkat antarabangsa. Beliau mengumumkan pilihan raya itu kelmarin, dua minggu selepas memecat Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dan melantik lawannya, Mahinda Rajapakse sebagai pengganti. Tiga…










