Abu Bakar mula tugas sebagai MB Perlis baharu

Abu Bakar mula tugas sebagai MB Perlis baharu

ABU Bakar Hamzah memulakan tugasan rasmi di pejabatnya di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis, hari ini. -- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar Perlis baharu, Abu Bakar Hamzah, memulakan tugas beliau secara rasmi di pejabatnya pada pagi ini.

Ketibaan beliau di Kompleks Seri Putra pada pukul 9 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail bersama barisan pegawai kanan kerajaan dan kakitangan Pejabat Menteri Besar.

Terdahulu, Abu Bakar turut berkesempatan menghadiri sesi taklimat serta pertemuan awal bersama barisan pentadbiran negeri.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, kerajaan negeri juga akan mengubah corak dan cara perkhidmatan dengan berteraskan konsep 3B iaitu bangkit, bingkas dan buat.

“Bangkit, bingkas dan buat merupakan trademark untuk pastikan kita semua dapt mengembleng tenaga dalam menyaksikan kejayaan buat negeri Perlis,” katanya selepas sesi clock in di Pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.

Semalam, Abu Bakar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis Kesembilan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau.

Abu Bakar berkata, rombakan exco kerajaan negeri juga sedang diperhalusi buat masa ini dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

“Barisan exco saya akan bincang dan kemukakan cadangan kepada Raja Perlis. Ini akan ambil masa sikit dan exco sedia ada sekarang akan jadi caretaker untuk majlis-majlis yang telah dirancang,” katanya.

Abu Bakar turut merakamkan penghargaan kepada kepada Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, atas jasa dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui negeri ini.

“Tanggungjawab ini bukan untuk dibanggakan, tetapi merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh keinsafan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN