Parlimen: Kemasukan murid tanpa kerakyatan tidak jejas murid tempatan - Utusan Malaysia

Parlimen: Kemasukan murid tanpa kerakyatan tidak jejas murid tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memberi jaminan inisiatif membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan mendaftarkan diri di sekolah kerajaan tidak akan menjejaskan peluang dan kemudahan persekolahan murid tempatan di seluruh negara.

Menteri berkenaan, Maszlee Malik berkata, kementerian itu sentiasa bertanggungjawab menyediakan prasarana dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi bagi menampung keperluan murid sekolah kerajaan termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Saya mengambil maklum akan kekhuatiran yang dibangkitkan berhubung inisiatif ini tetapi saya ingin jelaskan ia berkaitan mereka (murid) yang tidak ada dokumen berkenaan tetapi anak kepada warga Malaysia atau salah seorang ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu usaha kerajaan supaya inisiatif kanak-kanak tanpa kerakyatan boleh bersekolah mulai 2019 itu tidak menjejaskan kemudahan dan proses pembelajaran murid tempatan terutama di Sabah.  

Menjelas lanjut, Maszlee berkata, kementerian menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti sijil lahir atau kad pengenalan untuk ke sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu atau bapa perlu mengemukakan surat pengesahan atau perakuan ketua kampung bahawa kanak-kanak tersebut merupakan anak mereka. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN