Padah ceroboh landasan - Utusan Malaysia

Padah ceroboh landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lela­ki warga asing maut akibat mele­cur dipercayai terkena renjatan elek­trik selepas dia menceroboh landasan kere­ta api berdekatan Jalan Kampung Besar Bera­pit, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Suspek yang belum dikenal pasti identiti dan warganegaranya itu ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang pemandu kereta api kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan landasan berpagar tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Te­ngah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek yang tidak mempunyai apa-apa pengenalan diri itu segera dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini.

“Ketika tiba di wad kecemasan, dia dikatakan dalam keadaan separuh sedar dan meracau dalam bahasa asing.

“Dia yang melecur hampir 80 peratus itu bagaimanapun disahkan meninggal du­nia kira-kira pukul 6 petang tadi (se­malam) akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya kepada Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN