ADEN 8 Nov. – Pertempuran dilaporkan semakin sengit di bandar pelabuhan Hodeidah apabila kerajaan Yemen dengan sokongan tentera pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi melancarkan serangan udara secara bertubi-tubi di kawasan kumpulan pemberontak. Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan pertempuran juga berlaku berhampiran Hospital Al-Thawra di selatan Hodeidah meletakkan nyawa kira-kira 59 kanak-kanak termasuk 25 dalam unit rawatan rapi, berada dalam bahaya. Serangan udara di kawasan perumahan menyebabkan sekatan jalan dilakukan bagi mengelakkan orang awam memasuki atau keluar dari Hodeidah. BBC melaporkan, lebih 150 orang dilaporkan terkorban apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya