LONDON 27 Nov. – Kejayaan Newcastle United menewaskan Burnley 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan mereka keluar daripada zon penyingkiran manakala The Clarets semakin menghampirinya.
Newcastle melakar kemenangan buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi lgai selepas gagal melakukannya pada 10 perlawanan pertama dan kini berada di tangga ketiga hasil 12 mata daripada 13 perlawanan.
The Magpies dipisahkan empat mata dengan zon penyingkiran dan tiga mata dengan Burnley yang menghuni tangga ke-17 yang sehingga kini gagal mendapatkan kemenangan setelah enam perlawanan berturut-turut.
Skuad kendalian Rafael Benitez berada di depan seawal minit keempat selepas Ben Mee tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada rembatan Federico Fernandez sebelum Ciaran Clark menggandakan jaringan hasil tandukannya pada minit ke-23.
Sam Vokes cuba menyuntik semangat rakan sepasukan apabila menjaringkan untuk Burnley pada minti ke-40 namun usahanya itu tidak cukup untuk menghalang daripada Newcastle mencipta kemenangan. – REUTERS










