Mir teruja kemudi jentera Suzuki - Utusan Malaysia

Mir teruja kemudi jentera Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA – Pendatang baharu MotoGP, Joan Mir mengakui teruja mengemudi jentera Suzuki GSX-RR meskipun pertama kali melakukan ujian bersama jentera buatan Jepun itu di Valencia pada Ahad lalu.

Pada sesi pramusim tersebut, pelumba ­be­­­­r­u­­­sia 21 tahun itu menduduki tempat ke-14 terpantas selepas merekodkan 1 minit ­31.714 saat (s) dan hanya dibezakan 0.460s dengan rakan sepasukannya, Alex Rins.

Justeru, pelumba Sepanyol itu yakin dia mampu menyesuaikan diri dengan cepat dan tidak berdepan kesukaran untuk ‘menjinakkan’ GSX-RR sebelum bermulanya saingan 2019 yang bermula pada Mac ini nanti di Qatar.

“Saya akui jentera kelas MotoGP sangat berbeza kerana ia lebih pantas tetapi mudah untuk ditunggangi. Dengan jentera ini, saya mampu tunjukkan aksi lebih baik terutama ketika mengawal brek.

“Sebelum ini saya berdepan masalah ketika mengambil selekoh dan akan tersasar sedikit. Beraksi dalam MotoGP terutama bersama jentera Suzuki membantu saya beraksi lebih baik dan tiada masalah untuk memecut laju ketika keluar daripada selekoh.

“Perasaan pertama mengemudi GSX-RR sa­ngat luar biasa dan saya tidak sabar untuk me­nguji sekali lagi dengan cara tunggangan saya sendiri. Saya harap mampu mendapatkan pela­rasan terbaik sebelum bermulanya perlumbaan sebenar tahun depan,” kata Mir.

Juara kelas Moto3 2017 itu dibawa masuk oleh pasukan Suzuki bagi musim 2019 bagi menggantikan tempat Andrea Iannone yang menyertai Aprilia.

Meskipun hanya meraih empat podium bersama pasukan Marc VDS Racing dalam saingan Moto2 musim ini, namun Suzuki tetap meletakkan kepercayaan kepada pelumba berusia 21 tahun tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×