TIJUANA, Mexico 27 Nov . – Pihak berkuasa Mexico menghantar pulang sejumlah pendatang dari Amerika Tengah yang ditahan selepas ratusan daripada mereka melanggar sekatan polis untuk meneruskan perjalanan memasuki Amerika Syarikat (AS). Kira-kira 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak cuba melepasi pagar keselamatan dan sekatan polis untuk memasuki San Diego semalam. Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila polis Mexico bersama ejen Pengawal Sempadan AS melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.…










