Menteri Besar Selangor mengecewakan - Utusan Malaysia

Menteri Besar Selangor mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Sebahagian besar rakyat Selangor kini tidak lagi dapat merasa air percuma seperti dahulu.

Ini kerana, seperti yang dibentangkan Menteri Besar, Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2019 baru-baru ini, bantuan air percuma ini hanya akan dinikmati golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja sedangkan sebelum ini, ia diberikan kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira tingkat pendapatan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail, langkah ini bertentangan dengan matlamat asal kerajaan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan yang menjanjikan air percuma kepada kepada semua lapisan rakyat Selangor sejak 2008.

Malah, menurut beliau, rakyat Selangor dilihat kehilangan hak terhadap air percuma akibat langkah pengambilalihan konsesi air Splash oleh kerajaan Selangor pada Ogos lalu.

“Otai Reformis merakam rasa kecewa dan dukacita dengan pengumuman Menteri Besar Selangor yang menyatakan bahawa skim air percuma hanya diberikan kepada golongan sasar ‘kononnya’ golongan B40 yang berdaftar dengan E-Kasih mulai Januari 2019.

“Otai Reformis berpendapat bahawa tidak wajar majoriti lima juta orang rakyat Selangor menerima tempias ‘ketidaktelusan’ kerajaan Selangor membayar RM2.55 bilion untuk pengambilalihan konsesi air Splash yang akhirnya mengakibatkan rakyat Selangor ‘dipaksa’ hilang hak terhadap air percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×