SEBAGAI sebuah agensi penyelarasan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia termasuk Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam memperkasa sistem kewangan Islam di negara ini. Mengimbau terowong masa bermula 1970, Jakim telah menjalankan kajian-kajian berkaitan isu-isu muamalat dan pembangunan ekonomi Islam melalui bahagian penyelidikannya. Pada…










