MCCF, Kesukeb bantu ringankan beban Ahmad Tajuddin - Utusan Malaysia

MCCF, Kesukeb bantu ringankan beban Ahmad Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 19 Nov. – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (Kesukeb) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) mengunjungi seorang pemandu lori, Ahmad Tajuddin Tan, 41, menghidap Hypoxischaemic Encephalopathy di Sungai Buloh di sini hari ini.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi MCCF, Halim Ishak ke rumah Ahmad Tajuddin di Kuarters Integrasi Sungai Buloh pukul 11 pagi tadi.

Ahmad Tajuddin menghidap penyakit tersebut sejak enam bulan lalu yang menyebabkan tangan serta kakinya lumpuh.

Menurut Halim, selain melihat keadaan Ahmad Tajuddin, pihaknya bersama Kesukeb menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebannya.

“Selain bantuan berbentuk wang tunai kami turut menyampaikan barangan keperluan lain seperti beras, tepung dan gula kepada keluarga Ahmad Tajuddin.

“MCCF juga akan cuba mendapatkan bantuan kewangan lain bagi membantu isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah,” katanya yang turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Khairuddin Othman.

Dalam pada itu, isteri Ahmad Tajuddin, Mardiana Marhari, 38, berkata, dia terpaksa bercuti panjang bagi menjaga suami serta enam anaknya yang berusia antara lima bulan hingga lapan tahun.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Mardiana Mahari iaitu 114106001377. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×