MCCF kesal P. Waytha Moorthy salahkan polis - Utusan Malaysia

MCCF kesal P. Waytha Moorthy salahkan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang didakwa telah menyalahkan pihak polis dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini awal pagi semalam.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, tindakan Moorthy menyalahkan polis bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi dilihat cuba menangguk di air keruh untuk memulihkan imej beliau berikutan kecaman ke atas dirinya sebelum ini.

“Sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan soal perpaduan kaum, beliau perlu bijak untuk mengeluarkan kenyataan supaya tidak wujud salah faham.

“Beliau dilihat tidak wajar mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan isu tersebut adalah di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Menurut Halim, semua pihak terutama ketua-ketua kaum dan masyarakat setempat perlu bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak atau mengeruhkan keadaan yang berbaur perkauman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN